suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ritual Pelik Masuk Bayi Dalam Perut Haiwan

SEORANG lelaki mengamalkan ritual pelik apabila memasukkan seorang bayi baru lahir ke dalam perut bangkai haiwan yang dipercayai sama ada kuda atau lembu.

Rakaman ritual selama kira-kira seminit itu menunjukkan lelaki yang tidak dikenali itu memegang bayi sebelum memasukkannya ke dalam perut haiwan yang disangka plastik hitam besar.

Namun rupa-rupanya, 'plastik' itu merupakan perut haiwan yang dipotong dan dikosongkan organ di dalamnya bagi membolehkan bayi itu dimasukkan.

Selepas bayi itu dimasukkan, lelaki itu menutup perut haiwan itu selama 10 saat sebelum dibuka semula dengan disambut orang sorakan beberapa lagi individu yang menyaksikan ritual terbabit.

Lokasi ritual itu tidak dapat dipastikan dan motif lelaki itu berbuat demikian juga tidak diketahui.

Malah jantina bayi tersebut tidak dapat dipastikan.

Ritual Pelik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain