suria

Kegiatan Bunuh, Ambil Isi Ikan Lumba-Lumba Disiasat

-foto Weibo

ZHUHAI: Siasatan sedang dijalankan ke atas laporan netizen yang mendakwa anak ikan lumba-lumba putih Cina di Zhuhai telah dibunuh untuk diambil isinya, menurut Pentadbiran Lautan dan Perikanan Guangdong, Jumaat.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 6.30 petang Khamis, berhampiran Nanshui di daerah Jinwan, Zhuhai.

Gambar-gambar yang disiarkan di media sosial China menunjukkan ikan lumba-lumba berwarna kelabu dikerat beberapa bahagian, dengan kepala dan beberapa bahagian badan lain diletakkan dalam kotak diisi dengan ais.

Selepas menerima maklumat awam, pegawai penguatkuasa segera menuju ke tempat kejadian.

Mereka menemui dan merampas sisa-sisa haiwan akuatik itu, yang akan diperiksa dan disahkan oleh pihak berkuasa teknikal.

Siasatan awal mendapati seorang nelayan dengan nama keluarga Zhong menemui seekor ikan besar terapung di laut berhampiran Pelabuhan Gaolan.

Dia yang melihat ikan itu telah mati telah bertindak mengheretnya ke dermaga dan membiarkan tiga lelaki lain melapah isinya.

Ketiga-tiga suspek sedang bekerjasama dalam siasatan polis.

Ikan lumba-lumba putih Cina, yang digelar 'ikan duyung' dan 'panda gergasi di laut' dapat ditemui biasanya di barat Lautan Pasifik barat dan Lautan Hindi.

Di China, ia sering muncul di Laut China Timur dan dijaga di bawah perlindungan kelas pertama negeri. -China Daily/Asia News Network

ikan lumba-lumba, Zhuhai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain