suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Di London Genap Setahun Selepas Tragedi Berdarah Brussels

Gambar fail keadaan selepas letupan di terminal lapangan terbang Brussels setahun lalu pada 22 Mac 2016.

SERANGAN pengganas di luar bangunan Parlimen di Britain pada Rabu berlaku segenap setahun selepas tragedi berdarah di Belgium.

Insiden tiga pengeboman berani mati di Brussels, ibu negara Belgium itu berlaku apda 22 Mac 2016.

Serangan pengganas itu mengorbankan 32 orang dan ratusan orang cedera.

Dua bom meletup di Lapangan Terbang Brussels di Zabentem pada pukul 8 pagi, mengakibatkan 14 orang dekat kaunter daftar masuk terbunuh.

Bom ketiga meletup lebih sejam selepas itu pada pukul 9.19 pagi di stesen metro Maalbeek, mengorbankan 20 orang.

Sekurang-kurangnya empat maut dalam serangan di luar bangunan Parlimen dan jambatan Westminster di London pada Rabu.

Seorang daripada empat yang terbunuh adalah anggota polis yang ditikam pengganas, yang kemudiannya ditembak mati oleh pasukan pengawal di bangunan Parlimen. - Mail Online

Artikel Berikut

Artikel Lain