suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Maut Serangan Di Luar Parlimen Britain

Keith Palmer terbunuh ditikam seorang lelaki sebelum penyerang mati ditembak pengawal di luar Parlimen di London pada Rabu.

LONDON: Empat maut dan 40 lagi cedera dalam serangan pengganas dekat Jambatan Westminster dan di luar bangunan Parlimen Britain pada Rabu.

Salah seorang yang terbunuh adalah anggota polis yang ditikam di luar bangunan Parlimen di London.

Portal Mail Online melaporkan anggota polis, Keith Palmer, 48, ditikam sehingga mati di luar Parlimen oleh seorang pengganas.

Insiden yang turut berlaku di jambatan Westminster dekat bangunan Parlimen mengakibatkan tiga terbunuh dan mencederakan 40 yang lain.

Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu merempuh penjalan kaki di jambatan yang sibuk itu sebelum melanggar pagar dekat Big Ben.

Menurut saksi, penyerang kemudiannya menceroboh masuk ke kawasan Parlimen sebelum menikam Palmer, yang berkhidmat sebagai polis selama lima tahun.

Penyerang bagaimanapun ditembak pengawal bersenjata sebanyak dua kali dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Palmer meninggal dunia di tempat kejadian.

Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mengutuk serangan di Westminter berkata, beliau berikrar negara itu tidak pernah tunduk kepada keganasan dan akan memerangi tindakan yang bersifat 'kebencian dan kejahatan' itu. - Mail Online

Artikel Lain