suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Parlimen: Anak Trump Kecam Datuk Bandar London

Donald Trump Jr

NEW YORK: Anak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump Jr mengecam Datuk Bandar London, Sadiq Khan susulan serangan pengganas di luar Bangunan Parlimen di Westminster pada Rabu.

Trump Jr turut menyalahkan Sadiq Khan kerana kenyataan Datuk Bandar itu yang sebelum ini menyatakan bahawa serangan pengganas merupakan sebahagian  daripada bandar tersebut.

Dalam satu wawancara bersama akhbar Evening Standard pada September lalu, Sadiq Khan memberi amaran bahawa penduduk yang tinggal di London perlu bersedia untuk berdepan insiden keganasan ketika masyarakat tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku.

"Situasai ini membuatkan semua pihak perlu berwaspada, pihak polis berhubung dengan masyarakat dan perkhidmatan keselamatan sentiasa bersedia," kata Sadiq Khan.

Namun Trump Jr menyifatkan kenyataan Sadiq Khan itu sebagai tidak boleh diterima apatah lagi mendakwa keganasan merupakan sebahagian daripada bandar tersebut.

"Anda pasti bergurau? Serangan pengganas merupakan sebahagian daripada bandar besar, kata Datuk Bandar London, Sadiq Khan," soal Trump Jr menerusi kenyataan dalam laman Twitter pada Rabu.

Dalam insiden tersebut, sekurang-kurangnya lima orang disahkan terbunuh selepas seorang penyerang melepaskan tembakan rambang di luar Bangunan Parlimen sebelum menikam mati seorang anggota polis.

Penyerang yang masih belum dikenalpasti itu antara yang terbunuh selepas ditembak mati oleh pasukan keselamatan Britain.

Motif serangan dan pihak yang bertanggungjawab dalam serangan itu masih belum dapat dipastikan.

Artikel Lain