suria

Penyerang Lahir Di Britain, Tahu Tentang Khidmat Risikan - Theresa May

Theresa May. -fotoREUTERS

LONDON: Lelaki yang melancarkan serangan maut di luar bangunan Parlimen pada Rabu, dilahirkan di Britain dan tahu tentang perkhidmatan risikan, kata Perdana Menteri Theresa May.

"Apa yang saya boleh sahkan, lelaki itu adalah kelahiran Britain dan beberapa tahun lalu dia pernah disiasat oleh MI5 berhubung kebimbangan keganasan," katanya kepada penggubal undang-undang.

"Dia adalah seorang tokoh tambahan," katanya.

"Kes ini adalah historik, dia bukan sebahagian daripada gambaran risikan semasa."

Beliau berkata tiada sebarang risikan dibuat sebelum ini berhubung niatnya, begitu juga plot yang dibuat.

Polis telah menahan lapan orang dalam siasatan ke atas serangan yang membunuh tiga orang termasuk seorang anggota polis dan mencederakan 40 yang lain sebelum penyerang ditembak mati ketika cuba menceroboh bangunan Parlimen.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Perisikan Domestik MI5, Andrew Parker sebelum ini berkata pasukan bertindak agensi itu telah digerakkan sepenuhnya bagi membantu polis.

"Kami sentiasa bersama dengan rakan-rakan polis, bersedih atas apa yang menimpa mereka dan dalam masa yang sama memuji tindak balas profesional mereka yang cemerlang," katanya dalam satu kenyataan.

Parlimen Britain telah dibuka semula pada Khamis dengan ahli-ahli Parlimen bertafakur selama seminit untuk memberi penghormatan mereka yang terbunuh.

Dalam pada itu, kumpulan yang mengaku sebagai kumpulan Negara Islam mendakwa lelaki yang melakukan serangan di London adalah 'askar Negara Islam', menurut agensi beritanya, Aaamaq.

Artikel Lain