suria

Teksi Kuning Lebih Selamat - Kajian Saintis

GAMBAR HIASAN

SINGAPURA: Teksi berwarna kuning didapati lebih selamat berbanding warna lain, lapor satu kajian saintis di sini pada Rabu.

Menurut Timbalan Presiden (Kajian dan Teknologi) Universiti Kebangsaan Singapura, Professor Ho Teck Hua yang mengetuai kajian itu, teksi berwarna kuning hanya berisiko sebanyak sembilan peratus untuk terlibat dalam kemalangan berbanding teksi berwarna biru.

Tambahnya, warna yang terang membuatkan pemandu lain mengelak daripada bertembung dengan teksi berwarna kuning, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.

"Kajian ini mendapati warna yang cerah memainkan peranan besar dalam menentukan penggunaan warna untuk kenderaan pengangkutan awam.

"Satu keputusan komersial akan dibuat untuk menukar semua warna teksi kepada warna kuning bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa serta mengurangkan kerugian ekonomi akibat kemalangan yang menelan kos berjuta-juta dolar," katanya.

Kajian oleh pihak universiti itu dilaksanakan dalam tempoh 36 bulan melibatkan data pemandu, teksi dan kemalangan daripada teksi berwarna kuning dan biru.

Pihak universiti juga menganalisis data daripada 4,175 teksi berwarna kuning dan 12,525 teksi berwarna biru, sekali gus mendapati teksi berwarna kuning secara purata terlibat dalam enam daripada 1,000 teksi terlibat dalam kemalangan pada setiap bulan.

Jumlah itu juga menunjukkan bagi tempoh 40 tahun, seorang penumpang akan mengalami pengalaman kemalangan lebih banyak jika menaiki teksi biru berbanding teksi kuning.

Sekiranya kesemua 16,700 teksi biru di Singapura menukar warna kepada kuning, pengurangan kemalangan dapat diturunkan sebanyak 76.6 peratus pada setiap bulan atau 917 kemalangan pada setiap tahun.

Teksi Kuning, Selamat

Artikel Sebelum

Artikel Lain