suria

Peluncur Alami Detik Ngeri Bibir Ditembusi Ranting Kayu

NEW YORK: Seorang jurulatih ski dari Wyoming di Amerika Syarikat (AS) mengalami detik-detik mengerikan dalam hidupnya apabila bibirnya ditembusi sebatang ranting ketika meluncur salji di kawasan sebuah kawasan pergunungan.

Natty Hagood, 29, yang bekerja di pusat perangingan Jackson Hole Mountain Resort, meluncur bersama rakannya, Pete dan seorang lagi wanita ketika insiden itu berlaku pada 1 Mac lalu.

Menurut laporan portal MailOnline,  Hagood mengakui tidak merasa sakit apabila batang kayu sepanjang 45 sentimeter itu menembusi bahagian bawah bibirnya.

Ujarnya, ranting kayu itu tertusuk ketika dia cuba melompat melepasi celahan dua pokok, tetapi gagal berbuat demikian, menyebabkan dia mendapat kecederaan tersebut.

"Berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya boleh melepasi pokok tersebut dan tidak menjadi satu masalah besar.

"Mungkin ketika itu saya kurang bernasib baik kerana gagal mengimbangi badan semasa melakukan lompatan," katanya.


Pasukan penyelamat terpaksa membalut kayu dan bahagian dagu Hagoog bagi memastikan luka tersebut tidak bertambah teruk sebelum dia dibawa turun dari kawasan pergunungan itu.

"Saya hanya merasa sakit apabila tiba di hospital.

"Doktor terpaksa membelah bahagian bibir bawah yang ditembusi kayu itu untuk mengeluarkan ranting berkenaan.

"Saya menerima 15 jahitan akibat kecederaan itu," katanya.

Natty Hagood, Peluncur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain