suria

Lelaki Terselamat Selepas Disambar Elektrik 30,000 Voltan

SEORANG lelaki mengalami detik-detik mencemaskan apabila terjatuh pada ketinggian kira-kira 30 meter selepas direnjat elektrik di sebuah pencawang.

Ajaibnya, lelaki itu terselamat walaupun direnjat tenaga elektrik lebih 30,000 voltan ketika memanjat pencawang elektrik itu.

Rakaman berdurasi 33 saat itu menunjukkan detik-detik lelaki yang tidak dikenali itu disambar elektrik dan kedengara dua bunyi kuat sebelum mangsa terjatuh ke tanah.

Walapun jatuh pada ketinggian lebih 30 meter, dia masih mampu berjalan dan tidak mengalami kecederaan serius selain luka melecur.

Lokasi sebenar kejadian itu tidak dapat dipastikan tetapi video berkenaan tersebar sejak Khamis dan telah ditonton lebih 30,000 kali.

Malah ada pihak mendakwa lelaki kedua dalam video itu bukan mangsa yang jatuh daripada pencawang elektrik tersebut kerana mereka mempersoalkan bagaimana dia boleh terselamat walaupun jatuh pada ketinggian sedemikian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain