suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Australia Hasil Kek Motif Angkasa Lepas

SEORANG wanita Australia mendapat perhatian ramai di media sosial apabila mengubahsuai kek span menjadi hasil seni masakan unik bermotifkan angkasa lepas.

Posting kek itu dimuatnaik Pedagiggle yang menghasilkannya sempena sambutan hari lahir ke empat anak lelakinya.

"Saya mahu hadiahkan kek angkasa atau galaksi untuk hari lahir anak saya, motif itu bukan sahaja di bahagian dalam, malahan juga luar kek tetapi saya tidak menemui resipi yang sesuai, jadi saya cuba ubahsuai," katanya.

Kek berperisa vanila itu mempunyai tiga lapisan dengan motif planet pelbagai saiz dengan warna yang menarik.

Apabila percubaannya berjaya, wanita itu berkongsi resipi dan pengalamannya itu.

Kini, ibu yang gemar meneroka pelbagai kaedah membuat kek itu telah berjaya menghasilkan pelbagai bentuk kek yang menjurus kepada tema angkasa.

Kelainan dalam penghasilan keknya jelas apabila warna yang dipilih juga mampu menarik perhatian dengan motif yang unik, sesuai dengan tema angkasa lepas.

kek span, Pedagiggle

Artikel Lain