suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makhluk Dongeng Goblin Dirakamkan Di Argentina

BUENOS AIRES: Sekumpulan kanak-kanak di Argentina digemparkan dengan penemuan makhluk yang dipercayai goblin atau bunian.

Menurut laporan MailOnline, kejadian itu berlaku ketika kanak-kanak terbabit sedang bermain bola sambil seorang daripada rakan mereka sempat merakamkan makhluk aneh itu.

Rakaman berdurasi 27 saat itu menunjukkan makhluk berwarna hitam bergerak ke arah mereka dengan cara pergerakan yang pelik.

Akibat ketakutan, kesemua kanak-kanak terbabit melarikan diri dan kedengaran suara mereka ketakutan dirakamkan dalam video berkenaan.

Makhluk goblin yang digambarkan dalam filem The Hobbit. - AGENSI

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di bandar Santiago del Estero di utara Argentina.

Laporan media tempatan mendakwa makhluk itu merupakan sebagai goblin manakala ibu bapa kana-kanak terlibat berkata, anak mereka terlalu takut untuk bermain semula di padang itu.

Seorang ibu daripada kanak-kanak terbabit berkata, kejadian itu merupakan fenomena paranormal.

Goblin merupakan makhluk mistik yang pernah digambarkan dalam kisah dogeng pada Zaman Pertengahan.

Makhluk itu sering digambarkan sebagai bertubuh kecil, menakutkan, jahat dan tamak selain memiliki kuasa ajaib.

Goblin, Argentina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain