suria

Serangan Bom Kereta Ragut 45 Nyawa Di Syria

ANGGOTA FSA menggempur kedudukan militan Daesh di bandar al-Bab, kira-kira 30 kilometer dari Aleppo pada 22 Februari 2017. - AFP

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam serangan bom kereta di sebuah kampung berdekatan bandar al-Bab ketika kumpulan penentang kerajaan Syria bertempur dengan militan Daesh.

Serangan itu berlaku di pusat pemeriksaan yang dikendalikan oleh kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) awal pagi Jumaat di kampung Sousian, barat daya al-Bab.

Menurut sumber perubatan, jumlah mangsa yang cedera mencecah kira-kira 70 orang, kebanyakannya orang awam.

"Ramai penduduk awam berkumpul di pusat pemeriksaan itu sebelum bom kereta diletupkan oleh penyerang berani mati.

"Anggota kumpulan FSA turut dilaporkan terbunuh dalam serangan itu," kata sumber berkenaan seperti dilaporkan portal Al Jazeera.

Penduduk berkumpul di pusat pemeriksaan itu bagi mendapatkan kelulusan memasuki al-Bab, kubu kuat terakhir militan Daesh.

Serangan itu juga menunjukkan ancaman Daesh di kawasan berkenaan masih tinggi dan operasi memburu saki-baki anggota militan tersebut ditingkatkan.


Syria, Daesh, FSA

Artikel Sebelum

Artikel Lain