suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Britain Lebih Panas Berbanding Riyadh, Dubai

ORANG ramai mengambil peluang menikmati cuaca panas di kawasan pantai di Brighton, tenggara England pada 18 Februari 2017 - AP

LONDON: Britain menempuh cuaca paling panas pada 20 Februari dalam tempoh 160 tahun selepas suhu yang dicatatkan pada Isnin mencecah 16 darjah Celsius, lebih tinggi berbanding Arab Saudi, Dubai dan Greece.

Pakar meteorologi ketika dihubungi MailOnline, fenomena itu disebabkan tiupan angin dari Caribbean dan banyak kawasan dijangka mengalami suhu panas daripada biasa.

"Keadaan tersebut akan berlanjutan selama dua hari dan cuaca panas sederhana akan berterusan sehingga minggu depan.

"Cuaca pada waktu malam dijangka tidak sejuk manakala suhu pada waktu siang lebih tinggi," katanya.

Selain itu, Britain bukan sahaja dijangka mengalami cuaca lebih panas berbanding negara lain di Eropah, tetapi lebih panas dari ibu negara Arab Saudi, Riyadh yang mencatat suhu sekitar 13 darjah Celsius.

Kebiasaannya cuaca paling tinggi pada bulan Februari di Britain sekitar tujuh darjah Celsius dan suhu terendah mencecah satu darjah Celsius.

Suhu paling tinggi dicatatkan pada Februari di Britain adalah 19.7 darjah Celsius iaitu pada tahun 1998 di beberapa kawasan di Wales.

Cuaca Panas, Meteorologi

Artikel Berikut

Artikel Lain