suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 100 Rakyat AS Dipecat Akibat Bantah Trump

PENUNJUK perasaan berarak di Texas ketika menyertai Hari Tanpa Pendatang Asing pada 16 Februari 2017. - AFP

WASHINGTON: Lebih 100 pekerja di seluruh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan dipecat selepas menyertai bantahan Hari Tanpa Pendatang Asing yang bertujuan menentang dasar imigrasi Presiden Donald Trump.

Protes tersebut yang digerakkan menerusi rangkaian sosial media, menggesa pekerja AS kelahiran luar negara agar tidak bekerja sehari sebagai tanda bantahan.

Menurut laporan stesen berita, NBC4, hampir 20 pekerja di sebuah syarikat cat komersial di Tennesse, Bradley Coating memberitahu majikan bahawa mereka tidak akan datang bertugas sehari selepas demonstrasi tersebut diadakan pada Rabu lalu.

Namun sehari kemudian, mereka yang terlibat dipecat oleh syarikat itu.

Di Carilona selatan, seramai 21 staf syarikat pembuatan bot, menerima nasib sama selepas dikesan menyertai bantahan tersebut manakala 30 pekerja binaan kehilangan kerja di Denver dan 12 pekerja di sebuah restoran di Oklahoma juga dipecat.

Susulan itu, wujud gerakan dalam kalangan rakyat AS menggesa pelanggan agar memulaukan perniagaan yang memecat pekerja mereka atas alasan menyertai bantahan tersebut.

Bantahan tersebut tercetus selepas Trump mengeluarkan arahan menghalang kemasukan rakyat dari tujuh negara Islam bagi menangani ancaman pengganas di AS.

Namun arahannya itu mengundang kemarahan rakyat AS dan seluruh dunia yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai diskriminasi terang-terangan ke atas umat Islam.

Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Dia Hodoh Dan Gemuk'

Artikel Lain