suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dipancung Pelanggan Gara-Gara Pertikaian Harga Mee

ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi pembunuhan seorang pemilik restoran mee di tengah China. - Foto ihsan South Morning China Post.

BEIJING: Seorang pemilik restoran di tengah China, maut dipancung semasa bertelagah dengan seorang pelanggan berhubung harga makanan yang disediakan, lapor akhar tempatan, Wuhan Evening News.

Portal South Morning China Post yang memetik laporan itu, berkata, suspek yang melakukan pembunuhan itu ditahan di lokasi kejadian oleh polis di Wuhan, wilayah Hubei pada Sabtu.

Jelas laporan itu, suspek yang berusia 22 tahun dari wilayah Sichuan menggunakan pisau dapur untuk menyembelih mangsa semasa pergaduhan itu tercetus.

Menurut siasatan polis, insiden itu tercetus apabila suspek memesan tiga mangkuk mee tetapi kemudiannya pertengkaran tercetus dengan pemilik restoran yang didakwa mengenakan caj satu yuan (65 sen) bagi setiap mangkuk.

Suspek kemudiannya memancung pemilik restoran itu dan melemparkan kepala mangsa mangsa ke dalam tong sampah.

Kawan mangsa yang enggan dikenali berkata, lelaki berusia 42 tahun itu tinggal bersama anak lelakinya berusia 13 tahun sejak bercerai kira-kira lima tahun lalu.

"Dia merupakan lelaki jujur dan tidak menipu pelanggan," kata rakan mangsa.

Sehubungan itu, pihak polis meminta orang awam agar tidak menyebarkan gambar si mati dalam laman sosial.

Bagaimanapun nasib suspek tidak diketahui.

Gaduh, Pancung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain