suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Banduan Penjara Abepura Lolos

ENAM banduan meloloskan diri dari penjara di daerah Abepura, Jayapura, Papua ketika berlangsungnya upacara keagamaan di gereja dan sesi lawatan keluarga pada Ahad.

Banduan terlibat memanjat tembok penjara ketika pengawal sedang mengendalikan acara melibatkan orang awam di situ pada kira-kira 10.10 pagi.

"Mereka mengambil peluang ketika beberapa pengawal turut menghadiri upacara di gereja yang terletak dalam kawasan penjara.

"Mereka memanjat tembok menggunakan cadar yang diikat menjadi tali," warden penjara Abepura, Bagus Kurniawan kepada The Jakarta Post.

Insiden itu disedari seorang pegawai penjara, Gidion Wanda apabila melihat tali daripada cadar tergantung pada tembok penjara itu.

Susulan itu, siasatan terus dijalankan dan mendapati banduan telah melintasi longkang sebelum memanjat tembok berkenaan.

"Kami telah hubungi polis Jayapura untuk membantu menyiasat kejadian ini," katanya.

Ketika banduan itu bolos, hanya enam pengawal bertugas, berbanding tujuh kebiasaannya.

Abepura, Bagus Kurniawan

Artikel Sebelum

Artikel Lain