suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Korea Selatan Dakwa Pyongyang Dalang Kes Bunuh Jong-nam

SEOUL: Korea Selatan berkata siasatan Malaysia ke atas kes pembunuhan Kim Jong-nam menunjukkan bahawa kerajaan Pyongyang merupakan dalang di sebalik insiden tersebut.

Polis Malaysia menahan salah seorang suspek warga Korea Utara dan sedang memburu empat yang lain.

Empat lagi suspek dilaporkan telah meninggalkan negara itu pada Isnin, hari sama kejadian membabitkan abang tiri pemimpin tertinggi negara itu.

Jong-nam maut selepas diserang dua wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) dipercayai dengan menyembur cecair beracun ke mukanya.

"Berdasarkan kepada pelbagai faktor, kerajaan kita pasti mayat itu adalah Kim Jong-nam dan menganggap lima suspek itu merupakan warga Korea Utara. Kita berpendapat kerajaan Korea Utara dalang di sebalik insiden itu," kata jurucakap kementerian penyatuan Korea Selatan, Jeong Joon-Hee pada Ahad.

Jeong bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenainya dengan berkata siasatan itu sedang dijalankan di Malaysia.

"Oleh kerana Korea Utara melakukan jenayah tidak berperikemanusiaan dan perbuatan keganasan, kita akan sentiasa mengikut perkembangan terbaharu kes itu dengan serius," kata Jeong.




Kim Jong-nam, kes bunuh, Pyongyang

Artikel Lain