suria

'Saya Tidak Menyesal Bunuh Ibu'

SEORANG wanita muda yang sedang menjalani hukuman penjara selama 10 tahun selepas didapati bersalah membunuh dan menyumbat mayat ibunya dalam sebuah beg pakaian di Bali.

Dalam siri rakaman video yang disiarkan menerusi laman YouTube, Heather Mack mengakui membunuh ibunya, Sheila von Wiese-Mack dan mendakwaa berbuat demikian untuk membalas dendam atas kematian bapanya.

Wanita berusia 21 tahun tiu mendakwa, dia bertindak secara bersendirian dan kekasihnya, Tommy Schaefer yang turut dipenjarakan di Indonesia sebagai tidak bersalah.

Mack membuat pengakuan itu sebagai usaha membebaskan Schaefer dan memberitahu bahawa dia tidak lagi mahu hidup dalam penipuan.

Pada 2015, Schaefer dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun kerana melakukan pembunuhan selepas dia mengaku membunuh Wiese-Mack.

Mack, yang mempunyai telefon bimbit dan akses Internet dalam penjara, dijatuhi hukuman 10 tahun kerana bersubahat dalam pembunuhan tersebut.

Wanita Amerika Syarikat itu berkata, dia merancang membunuh ibunya yang berusia 62 tahun pada 2014 selepas kematian bapanya, James Mack yang merupakan seorang pemuzik.

James meninggal dunia pada 2016 ketika keluarga itu sedang bercuti di Athens, Greece dan Mack yang merupakan satu-satunya anak pasanagan tersebut, mendapat pampasan insurans sebanyak AS$1.56 (RM6.9 juta).

Malah Mack mendakwa, dua minggu sebelum pergi bercuti ke Bali, dia mengetahui bahawa ibunya bertanggungjawab membunuh bapanya ketika dia berusia 10 tahun.

Laporan sebelum ini menyebut, James meninggal dunia akibat masalah pernafasan.

"Saya mahu membunuh ibu di hotel kerana dia membunuh ayah saya di bilik hotel.

"Saya tidak menyesal membunuh ibu saya tetapi saya menyesal kerana Schaefer terlibat sama dalam kes ini," katanya.

Heather Mack

Artikel Sebelum

Rahsia Rambut Trump Didedahkan

Artikel Berikut

Artikel Lain