suria

Pedofilia Didakwa Usahakan Kedai Permainan

David Croft. Foto Nigel Bennett/The Sun/News Syndication

SEORANG pesalah pedofilia yang dilarang melakukan kerja membabitkan kanak-kanak didakwa menjalankan operasi kedai permainan di sebuah pasar selama tiga tahun.

David Croft, 69, diberikan perintah khidmat masyarakat selama tiga tahun oleh Mahkamah Bradford Crown pada 2010 kerana memuat turun 39,000 imej lucah kanak-kanak.

Ia merupakan perintah bagi pencegahan kesalahan seksual.

Croft sekali lagi ditangkap dengan 1,851 imej lucah kanak-kanak pada 2013 dan diberikan hukuman penjara yang tempohnya digantung.

Walaupun diperintahkan supaya tidak melakukan kerja-kerja yang berurusan dengan kanak-kanak, timbul dakwaan dia mengusahakan kedai permainan di Pasar Halifax Borough, Yorkshire Barat.

Kedai itu menjual permainan kereta, model pesawat dan topi.

Bercakap kepada media, dia bagaimanapun menafikan melakukan aktiviti yang berurusan dengan kanak-kanak.

Beliau berkata: "Ia merupakan permainan vintaj, bukan untuk kanak-kanak." - Mail Online

Artikel Sebelum

16 Maut Nahas Bas Di Honduras

Artikel Berikut

Artikel Lain