suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera Mexico Penakut - Trump

PRESIDEN baharu Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus mencetuskan kontroversi baharu apabila mengancam untuk menghantar tentera ke Mexico bagi menangani aktiviti jenayah di negara jiran tersebut.

Berdasarkan transkrip perbualan antara Trump dan rakan sejawatnya dari Mexico, Enrique Pena Neito pada minggu lalu, Presiden AS itu mempersoalkan kegagalan negara jiran tersebut mengekang avktiti jenayah yang turut menjejaskan AS.

"Usaha anda (Mexico) tidak cukup untuk menghentikan jenayah.

"Saya fikir tentera anda takut. Tentera AS tidak takut dan saya boleh menghantar (tentera) untuk menangani perkara itu," kata Trump seperti dilaporkan Associate Press.

Laporan yang sama turut disiarkan oleh laman web Mexico, Aristegui Noticias pada Selasa.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Jabatan Hal Ehwal Luar Mexico menolak laporan berkenaan yang disifatkan sebagai tidak berasas dan menekankan bahawa perbualan antara kedua-dua pemimpin itu sebagai positif.

Laporan media itu hadir ketika hubungan AS dan Mexico semakin tegang susulan perancangan Trump untuk membina tembok di sempadan kedua-dua negara bagi mengekang aktiviti penyeludupan serta penyusupan pendatang haram.

White House bagaimanapun tidak mengeluar sebarang maklum balas berhubung kenyataan Trump mahu menghantar tentera ke Mexico.

Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pakar Bedah Tertua Berusia 89 Tahun

Artikel Lain