suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maut Dipukul Guru Akibat Tidak Tahu Membaca

GARA-GARA tidak pandai membaca, seorang kanak-kanak perempuan di Kenya maut dipukul gurunya sendiri, baru-baru ini.

Menurut laporan portal Metro.uk, mangsa yang dikenali sebagai Joy Wangari dipukul setiap kali gagal membaca seperti yang diminta oleh gurunya itu.

Walaupun Wangari mengaku dia tidak tahu membaca, guru tersebut tetap memukulnya selain menyuruh pelajar lain membuat perkara sama ke atas kanak-kanak malang tersebut.

Ekoran kerap dipukul, Wangari yang tinggal bersama neneknya, dilaporkan tidak hadir kerana sakit akibat dipukul.

Jiran mangsa, Ann Wairimu berkata, dia pernah melawat Wangari dan melihat kanak-kanak itu dalam keadaan lemah selain mengadu sakit belakang serta perut.

"Dia mendakwa dipukul teruk oleh guru dan rakan sekelas," katanya.

Wangari kemudiannya dibawa ke hospital untuk dirawat tetapi keadaannya semakin teruk sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Pengarah pendidikan tempatan, Kamemba Kamande berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Guru yang dipercayai memukul kanak-kanak itu dilaporkan telah melarikan diri.

Joy Wangari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tentera Mexico Penakut - Trump

Artikel Lain