suria

Akhirnya Korea Selatan Terima Pokemon Go

SEOUL: Walaupun bimbang keselamatan negara terjejas, akhirnya permainan siber, Pokemon Go dilancarkan di Korea Selatan.

Reuters melaporkan, penangguhan permainan itu di negara berkenaan disebabkan ketakutan keselamatan terhadap Google Maps.

Di Korea Selatan, fungsi Google Maps dihadkan oleh kerajaan atas sebab keselamatan negara.

Pembuat bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana masalah itu diatasi.

Permainan itu dibangunkan oleh Nintendo dan Niatic Labs yang memerlukan pengguna berjalan dalam dunia nyata menangkap makhluk dan melatih mereka untuk perlawanan antara satu sama lain.

Permainan itu menjadi popular sebaik dilancarkan pada Julai dan telah dimuat turun lebih kurang 500 juta kali.

Bagaimanapun permainan itu mengalami penurunan muat turun beberapa bulan kemudian, menurut firma pengukur aplikasi, App Annie.

Muat turun yang dicatatkan di Amerika Syarikat turut mencatatakan penurunan dari 80 juta pada Julai 2016 ke 1.5 juta pada November.

Korea Selatan adalah salah satu negara yang mempunyai pasaran permainan siber terbesar selain China, Jepun dan Amerika Syarikat.

Menurut analisis dari firma IHS, rakyat Korea Selatan akan memperuntukkan lebih per kapita terhadap permainan telefon berbanding negara lain termasuk Jepun.


Pokemon Go, Korea Selatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain