suria

Wanita 'Berkaki Galah' Cabar Rekod Dunia

MELBOURNE: Seorang wanita Australia mencabar rekod dunia Guinness untuk mendapatkan gelaran sebagai manusia yang memiliki kaki paling panjang di dunia.

Caroline Arthur, seorang bekas model yang kini menetap di Melbourne, memiliki kaki berukuran 1.3 meter dari pinggul ke tumitnya.

Wanita berusia 39 tahun itu berkata, dia percaya kakinya merupakan paling panjang di Australia dan begitu juga di benua Amerika.

"Rekod dunia kini dipegang oleh wanita Rusia, Svetlana Pankratova dengan ukuran 1.31 meter dan perbezaan dengan panjang kaki kami berdua sangat kecil.

"Jadi mungkin berbaloi jika menghubungi Guinness untuk mengukur panjang kaki saya dengan lebih tepat," katanya.

Dengan ketinggian kira-kira 1.9 meter dan kakinya sahaja sudah mencecah 69 peratus daripada ketinggiannya.

Sama ada menang atau tidak gelaran tersebut, Caroline berkata, dia tetap berbangga dengan kelebihan yang dimilikinya.

"Saya boleh katanya, sebagai wanita berusia 39 tahun, saya berbangga dengan memiliki bentuk badan dan kulit yang masih cantik.

"Saya merasakan diri kelihatan lebih cantik berbanding pada usia remaja," katanya.


Caroline Arthur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain