suria

Peminat Meninggal Dunia Demi Shah Rukh Khan

SEORANG peminat dilaporkan terbunuh dan dua polis cedera dalam insiden rempuhan ketika menyaksikan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan di sebuah stesen kereta api di barat India, malam Isnin.

Shah Rukh Khan atau dikenali sebagai SRK, menaiki kereta api August Kranti Rajdhani Express sebagai mempromosikan filem terbaharunya, Raees.

Menurut kenyataan polis, tragedi itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam apabila kereta api berkenaan tiba di platform nombor enam di stesen Vadodara dan berhenti selama 10 minit.

Jelas kenyataan itu, peminat SRK yang ramai kemudiannya berkumpul dan cuba melihat serta menghampiri aktor tersebut yang dalam perjalanan dari Mumbai ke Delhi.

"Kekecohan tercetus dalam kalangan peminat dan mereka mengetuk tingkap kereta api selain merempuh antara satu sama lain.

"Ketika kereta api mula bergerak, mereka cuba mengejarnya dan seorang peminat dikenali sebagai Farheed Khan Pathan secara tiba-tiba rebah dalam kekalutan tersebut.

"Mangsa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas," jelas polis sambil menambal Farheed merupakan seorang ahli politik tempatan.

Shah Rukh Khan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain