suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Soros Anggap Trump Diktator

DAVOS: Hartawan George Soros secara terbuka menyifatkan bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebagai 'bakal diktator' yang akan gagal.

Menjelang majlis angkat sumpah Trump di Washington, Soros berkata, bakal presiden itu bersiap sedia melancarkan perang perdagangan yang akan memberi kesan kepada Eropah dan beberapa bahagian lain di dunia.

"Bakal diktator itu, tidak menyangka beliau akan menang, beliau terkejut. Saya secara peribadi yakin beliau akan gagal kerana ideanya bercanggah dengan diri sendiri," kata pakar kewangan kelahiran Hungary itu kepada pemimpin perniagaan dan wartawan di hotel di Davos ketika Forum Ekonomi Dunia diadakan.

Soros ialah penyokong kuat pencabar Trump daripada Demokrat pada pemilihan presiden tahun lalu, Hillary Clinton. - AFP

Soros, Trump

Artikel Sebelum

Artikel Lain