suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut, 20 Cedera Kereta Rempuh Pejalan Kaki

SYDNEY: Sekurang-kurangnya tiga maut selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki dengan beberapa das tembakan turut dilepaskan di Melbourne pada Jumaat.

Lebih 20 orang dilaporkan cedera dan seorang lelaki telah ditahan, kata polis dan unit kecemasan.

"Dia tidak berhenti dan orang ramai yang berjalan kaki cuba untuk mengelak. Namun dia terus memandu dan merempuh pejalan kaki," kata seorang saksi kepada akhbar Herald Sun.

Rakaman televisyen di lokasi kejadian menunjukkan pintu sebuah kereta berwarna merah rosak teruk dengan cermin hadapan kereta turut pecah.

Beberapa gambar lain turut memaparkan sebuah kereta sorong bayi dalam keadaan terbalik.

Unit pasukan keselamatan dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Pada peringkat ini, seorang lelaki dipercayai memandu sebuah kereta merempuh beberapa pejalan kaki di Bourke dan Queens St kira-kira sebelum pukul 2 petang," kata jurucakap polis Victoria.


pejalan kaki, rempuhan kereta

Artikel Berikut

Soros Anggap Trump Diktator

Artikel Lain