suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Uber Ditahan Rogol Gadis 22 Tahun

Gambar fail seorang pemandu Uber memandu kereta. Foto AP

SEORANG bekas pemandu Uber ditahan di Texas kerana didakwa merogol seorang gadis semasa dalam perjalanan membawa pulang pelanggan itu ke rumah.

Jabatan Polis San Antonio mengenal pasti suspek sebagai Garbriel Vasquez, 40.

Vasque berdepan dengan dakwaan kerana melakukan keganasan dalam insiden itu yang dilaporkan berlaku pada Oktober 2016.

Menurut saluran KHOU 11, memetik pihak berkuasa sebagai berkata, sebelum kejadian gadis berusia 22 tahun itu dalam keadaan mabuk di sebuah bar.

Gadis itu kemudiannya dibantu dibawa masuk ke dalam sebuah kereta Uber yang ditunggu oleh kakitangan bar.

Satu laporan polis dibuat berhubung insiden di mana Vasquez membantu mangsa yang dalam keadaan separuh sedar itu masuk ke dalam rumahnya.

Menurut laporan yang diperoleh KHOU, Vasque membawa mangsa sehingga ke katil sebelum menanggalkan pakaiannya.

Mangsa kemudiannya melaporkan mengenai insiden berkenaan kepada polis dan Uber pada hari berikutnya. - Mail Online

Uber

Artikel Lain