suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera Nigeria Silap Bom Kem Pelarian, 100 Mangsa Terbunuh

BEBERAPA pelarian melihat kesan kemusnahan akibat serangan tentera Nigeria di Rann pada 17 Januari 2017. - REUTERS

ABUJA: Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh termasuk staf misi kemanusiaan ekoran kesilapan tentera Nigeria mengebom sebuah kem pelarian yang disangka kubu kuat militan Boko Haram.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan di Rann, utara negeri Borno ketika staf misi kemanusiaan sedang mengagihkan bantuan makanan kepada pelarian.

Tentera udara Nigeria dalam kenyataannya berkata, sebuah jet pejuang yang dalam melaksanakan misi mengeom kedudukan militan Boko Haram secara tidak sengaja menyerang kem pelarian terbabit.

Namun dalam kenyataan pasukan kemanusiaan antarabangsa, Doctors Without Borders (MSF), angka korban jauh lebih rendah dengan melibatkan sekurang-kurangnya 50 orang dan 120 mangsa lagi cedera.

MSF dan satu lagi pasukan bantuan, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) terlibat dalam misi kemanusiaan di kem pelarian itu.

Sementara itu, ICRC berkata, enam pekerjanya terbunuh dan 12 lagi mangsa cedera dalam serangan tersebut.

Susulan insiden itu, komander tentera Nigeria, Lucky Irabor mengarahkan siasatan dijalankan dan misi menghapuskan militan Boko Haram akan diselaraskan semula bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Nigeria, Boko Haram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain