suria

Polis Riau Kesan Lima Suspek Seludup Pati Ke Malaysia

Pengurus Besar Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Suwarso berbincang dengan Ketua Polis Pulau Riau, Brig Jen Sam Budi Gusdian, baru-baru ini. The Jakarta Post.

JAKARTA: Polis Kepulauan Riau menamakan lima suspek cubaan menyeludup 196 pendatang asing tanpa izin (Pati) dari Indonesia ke Malaysia.

"Setakat ini, ada lima suspek.

"Siasatan masih berjalan untuk mengesan jaringan di sebalik tindakan membawa masuk pekerja terlibat dari Batam," kata Ketua Unit Detektif Polis Riau, Komander Kanan, Eko Puji Nugroho yang dipetik Antara.

Polis menemui 22 pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, selain 74 lagi di rumah kedai Gloria View Batam Centre dan baki 101 yang lain di rumah kedai Valley Park Batam Centre.

Semua pekerja terlibat berasal dari Jawa Timur, Maduri, Nusatenggara Barat dan Jawa Barat.

Pihak polis juga merampas sejumlah besar dokumen pengenalan diri, pasport, telefon bimbit, tiket penerbangan dan pas daftar masuk pesawt.

Setakat ini, semua pekerja terlibat dibawa ke rumah perlindungan yang dikendalikan Agensi Sosial Batam di Nongsa Batam sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing. The Jakarta Post/Asia News Network

Pati, Batam, Eko Puji

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain