suria

PM Israel Didesak Letak Jawatan

TEL AVIV: Puluhan penduduk Israel berhimpun untuk mengadakan tunjuk perasaan bagi mendesak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meletak jawatan susulan skandal rasuah yang menyelubungi pemimpin itu.

Antara sepanduk dan slogan yang dilaungkan oleh penunjuk perasaan termasuk "Anda Merampas Hak Orang Miskin Dan Memberi Kepada Orang Kaya" dan "Hantar Netanyahu Ke Penjara" ketika bantahan itu diadakan pada Sabtu.

Netanyahu kini disiasat berhubung beberapa dakwaan berasingan melibatkan kes rasuah termasuk tindakan beliau menawarkan nilai komersial kepada pemilik sebuah akhbar Israel dengan balas mahu mendapat liputan yang positif.

Selain itu, Netanyahu berdepan siasatan berhubung dakwaan menerima dana haram dan hadiah bernilai kira-kira AS$100,000 (RM430,000) melibatkan produk tembakau dan alkohol.

Beliau juga disiasat berhubung dakwaan menerima AS$1.1 juta (RM4.4 juta) daripada ahli perniagaan Perancis, Arnaud Mimran untuk menampung dana kempen pilihan raya Israel pada 2009.

Keluarga Netanyahu juga terlibat dalam beberapa dakwaan kerana mengamalkan gaya hidup mewah.

Isterinya, Sara juga dikecam kerana bersikap biadap terhadap staf kerajaan.

Israel, Benjamin Netanyahu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain