suria

Video: Harimau Bintang Mengamuk Di India

NEW DELHI: Sekumpulan penduduk di India berdepan detik-detik mencemaskan apabila seekor harimau bintang mengamuk di jalan yang sibuk.

Kejadian itu berlaku apabila harimau bintang tersebut pada awalnya ditangkap oleh penduduk kampung Raiganj di Bengal Barat, selepas haiwan pemangsa terbabit dilihat merayau-rayau di kawasan kediaman.

Namun harimau bintang itu dapat melepaskan diri daripada jaring yang digunakan untuk menangkapnya sebelum lari ke arah jalan yang dipenuhi orang ramai.


Rakaman video detik-detik cemas itu turut menunjukkan seorang lelaki yang cedera dipapah oleh dua penduduk.

Sementara itu, aktivis haiwan, Sumit Nandia berkata, harimau bintang tersebut masih belum dapat dikesan selepas ia dipercayai menyerang seorang kanak-kanak.

"Banyak usaha telah dilakukan untuk menangkap haiwan pemangsa itu yang menceroboh kawasan kediaman penduduk, tetapi masih gagal.

"Seorang lelaki dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut dan usaha untuk menangkapnya semula pasti sukar kerana kami tidak tahu lokasi haiwan itu bersembunyi," katanya.

Sumber berita: Mail Online

Harimau Bintang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain