suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanpa Ilmu Perang, Chef Warga British Terbunuh

Ryan Lock.

SEORANG chef warga British terbunuh di Syria selepas bertindak memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) tanpa pengetahuan pihak tentera.

Ryan Lock, 20, dari Chichester, Barat Sussex, maut pada 21 Disember lalu ketika menyertai operasi anti IS di Raqqa.

Keluarganya yang dimaklumkan mengenai kematiannya terkejut kerana mereka menganggap pemuda berkenaan sedang bercuti.

Lock ke Syria untuk menyertai kumpulan tentera puak Kurdish, YPG untuk memerangi IS di utara negara berkenaan.

Bagaimanapun akibat tidak mempunyai pengetahuan am ketenteraan termasuk tidak pernah menyertai peperangan, pemuda berkenaan maut dalam serangan balas IS.

YPG turut mengucapkan takziah kepada keluarganya di British.

British, IS, Raqqa

Artikel Sebelum

Artikel Lain