suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Ditahan Sembunyi Migran Dalam 'Dashboard'

Seorang migran ditemui bersembunyi di dalam papan pemuka kereta. Foto EPA

SEORANG lelaki warga Maghribi ditahan kerana cuba menyeludup seorang migran dalam papan pemuka (dashboard) sebuah kereta, di sempadan Sepanyol.

Polis Sepanyol menemui pelarian yang bersembunyi di dalam ruang sempit bersebelahan enjin kereta, di Ceuta, sebuah daerah di utara Afrika.

Dia merupakan salah seorang daripada migran Afrika dari sub-Sahara yang ditahan kerana cuba menyeberangi sempadan di Sepanyol.

Seorang lagi ditemui bersembunyi dekat tempat duduk belakang kereta.

Insiden terbaharu itu menjadikan lebih 1,000 migran Afrika cuba untuk memasuki Sepanyol melalui Ceuta.

Penahanan tersebut berlaku hanya beberapa hari selepas seorang wanita juga warga Maghribi ditahan di daerah sama kerana cuba menyeludup seorang migran yang merupakan remaja berusia 19 tahun, yang bersembunyi di dalam bagasi. - Mail Online

Artikel Berikut

Artikel Lain