suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

25 Maut Dalam Nahas Van-Trak Di Thailand

Seramai 25 penumpang sebuah van penumpang dan sebuah trak pikap terbunuh dalam kemalangan di daerah Banbueng, wilayah Chonburi di timur Thailand kira-kira 2 petang Isnin (waktu tempatan). -fotoBERNAMA
BANGKOK: Dua puluh lima orang maut apabila sebuah minivan dan sebuah trak pikap bertembung di Chonburi, daerah Banbueng, Isnin.

Menurut ketua polis Daerah Banbueng Kol Dussadee Kunchon Na Ayutthaya, kemalangan yang mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu terbakar, berlaku pada 2 petang (waktu tempatan).

"Mereka yang maut terdiri daripada 14 penumpang minivan dan 11 penumpang trak pikap," katanya kepada media hari ini.

"Hanya dua penumpang, masing-masing seorang daripada setiap kenderaan itu, terselamat dan kini dirawat di hospital daerah Banbueng," katanya.


Beliau berkata mayat semua mangsa, sesetengahnya terbakar teruk dan tidak dapat dikenali, dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat, sebelum diserahkan kepada waris masing-masing untuk dikebumikan.

kemalangan, trak, Chonburi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain