suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Telah Diawet Ditemui Di Garaj Rumah

DETROIT: Mayat yang telah diawet menjadi mumia ditemui dalam sebuah kereta yang diletakkan di garaj sebuah rumah di Detroit dan pemeriksa perubatan telah meminta ahli antropologi menjalankan bedah siasat khas ke atas mayat tersebut, kata pihak berkuasa.

Mayat itu ditemui oleh seorang lelaki yang sedang membuat pertimbangan untuk membeli sebuah rumah dan sedang melihat-lihat bahagian garaj rumah berkenaan pada petang Khamis.

Dia kemudian mendapati terdapat mayat dalam sebuah kereta Plymouth model sedan keluaran awal tahun 1990-an, menurut polis dan pegawai koroner.

Berapa lama mayat itu telah berada di garaj dan butir-butir kematian individu masih tidak diketahui, kata Lloyd Jackson, jurucakap Pejabat Pemeriksa Perubatan Wayne County.

"Ia telah berada di sana untuk tempoh masa yang panjang," kata Jackson.

"Ia telah diawet dan dijadikan mumia, jadi tempohnya mungkin sekurang-kurangnya telah melebihi setahun."
awet mayat, pembeli rumah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain