suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wilayah Narathiwat Dilanda Banjir

-fotoAFP
NARATHIWAT: Hujan tanpa henti selama empat hari berturut-turut menyebabkan 10 daripada 13 daerah di wilayah Narathiwat dilanda banjir.

Gabenor Narathiwat Sittichai Sakda berkata sejumlah 23,549 penduduk di 150 kampung dalam 10 daerah berkenaan terjejas akibat banjir yang menyebabkan paras air naik sehingga 50cm.

"Jika hujan tidak berhenti dalam waktu terdekat, wilayah Narathiwat akan diisytiharkan kawasan bencana alam," katanya kepada pemberita ketika meninjau kawasan terjejas banjir, Isnin.

Antara daerah di wilayah Narathiwat yang terjejas banjir termasuk Sungai Golok, Weng, Sukirin, Sungai Padi, Chanet, Jok Irong, Ranget dan Sri Sakorn.

Sementara itu, pihak berkuasa termasuk tentera mula memindahkan penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok tengah hari tadi apabila air sungai itu mula melimpah ke kawasan kediaman penduduk akibat hujan lebat.

Antara kawasan kediaman penduduk di tebing Sungai Golok yang paling teruk terjejas ialah Pengkalan Prapa, Pengkalan Haji, Pengkalan Jambu, Pengkalan Buluh, Lang Daan dan Kedai Baru.

Penduduk yang terjejas dipindahkan ke Sekolah Tesaban 4.

Narathiwat, banjir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain