suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video: Pelatih Nyaris Maut Dibaham Buaya

BANGKOK: Seorang pelatih buaya nyaris maut apabila tangannya dibaham seekor reptilia itu ketika mengadakan pertunjukan kepada pengunjung di Phuket Crocodile World di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada 31 Disember lalu, pelatih terbabit yang dikenali sebagai Anusak Salangam mempamerkan aksi berani memasukkan tangan ke dalam mulut buaya yang berukuran tiga meter.

Aksinya itu turut dirakam oleh pengunjung dan Salangam tidak berdepan masalah pada awalnya ketika melakukan aksi berkenaan.

Namun selepas beberapa kali menghulurkan tangan, buaya berkenaan secara tiba-tiba membaham tangan Salangam dan reptilia itu memusingkan badan dengan harapan dapat menjatuhkan mangsanya.

Bagaimanapun Salangam bertindak pantas memusingkan badannya mengikut arah yang sama sebelum tangannya dilepaskan oleh buaya tersebut, sekali gus mengelak daripada mengalami kecederaan yang lebih teruk.

"Dia bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan kecil akibat digigit buaya itu.

"Salangam sangat berpengalaman dalam mengendalikan buaya dan sangat berani," kata seorang staf Phuket Crocodile World yang enggan dikenali kepada portal The Phuket News.

Buaya, Phuket Crocodile World

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain