suria

Rasuah: Perdana Menteri Israel Disoal-Siasat

BAITULMAQDIS: Pihak polis memulakan siasatan ke atas dakwaan penglibatan rasuah oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu apabila sesi soal-siasat dijalankan ke atas beliau di kediaman rasminya pada Selasa.

Siasatan itu dijalankan atas arahan Peguam Negara, Avihai Mandelblit yang bekerjasama dengan pendakwa raya dan pihak polis susulan dakwaan yang mengatakan Netanyahu meraih keuntungan daripada golongan kaya di Israel dan ahli perniagaan dari luar negara.

Bagaimanapun Mandeblit enggan mendedahkan butiran lanjut hasil siasatan dan dakwaan yang dikemukakan ke atas Netanyahu.

Difahamkan, siasatan secara rahsia telah diadakan sejak lapan bulan lalu sebelum dilaksanakan secara rasmi.

Malah seramai 50 saksi juga telah disoal-siasat berhubung kes tersebut.

Perdana Menteri berusia 67 tahun itu sebelum ini menafikan dakwaan yang mengatakan beliau terlibat dalam kegiatan tersebut.

"Kita semua maklum berhubung laporan media terutamanya daripada pihak pembangkang.

"Saya mahu mereka tidak bergembira terlebih dahulu kerana saya tidak perlu bimbang (dengan kes ini).

"Anda (pembangkang) boleh terus mencetuskan isu panas manakala saya tetap menerajui Israel," kata Netanyahu menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman sosial Facebook pada Isnin.

Benjamin Netanyahu

Artikel Berikut

Artikel Lain