suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang Mabuk Dipecat

JAKARTA: Seorang juruterbang Indonesia yang tersandung ketika melalui pintu keselamatan lapangan terbang dipecat kerana dipercayai hadir bertugas dalam keadaan mabuk.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah Citilink iaitu anak syarikat penerbangan Garuda Indonesia, juga telah menawarkan peletakan jawatannya untuk mengambil tanggungjawab bagi kejadian itu.

Rakaman YouTube menunjukkan juruterbang berusia 32 tahun, Tekad Purna bukan sahaja berjalan seperti orang mabuk, malah menjatuhkan beg dan barang-barangnya beberapa kali ketika pemeriksaan di pintu keselamatan.

Pada hari berkenaan, juruterbang itu juga tiba lewat hingga menyebabkan penerbangan dari Surabaya ke Jakarta pada Rabu lalu lewat untuk berlepas. -AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain