suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trump Rancang Bubar Yayasan Kebajikan Miliknya

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) yang dipilih, Donald Trump berkata bahawa beliau bercadang untuk membubarkan yayasan kebajikan miliknya, Donald J. Trump Foundation yang kini sedang disiasat Peguam Negara New York.

Trump tidak memberi sebarang tempoh masa untuk menutup yayasan berkenaan, namun berkata menerusi kenyataan bahawa beliau mahu "mengelak timbulnya apa-apa percanggahan dengan peranan saya sebagai Presiden."

Beliau mengarahkan peguamnya untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi pembubaran itu.

Dengan kurang daripada empat minggu sebelum beliau memulakan tugas rasmi sebagai Presiden AS pada 20 Januari, hartawan hartanah New York itu kini berada di bawah tekanan yang semakin meningkat untuk mengurangkan konflik kepentingan termasuk membabitkan operasi perniagaan global yang luas untuk kerja-kerja amal keluarganya.

Minggu ini, Trump berkata anaknya Eric akan berhenti mengumpul dana untuk yayasannya sendiri di atas kebimbangan bahawa penderma boleh dilihat sebagai cuba mendapatkan akses kepada keluarga Trump.

Presiden baharu itu berkata ia adalah sesuatu yang "memalukan dan tidak masuk akal" apabila yayasan anaknya terpaksa berhenti daripada terus mengumpul wang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain