suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Industri Makanan China Dicemari 500,000 Kes Pelanggaran Peraturan

GAMBAR HIASAN

SHANGHAI: China digemparkan dengan dengan siri skandal keselamatan makanan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan pendedahan sebanyak 500,000 kes pelanggaran peraturan keselamatan makanan dikesan dalam tiga suku pertama tahun ini.

Antara siri skandal kesihatan makanan yang dibongkar termasuk beras yang dicemari logam, penggunaan minyak kitar semula di restoran, dan jualan susu formula bayi yang mengandungi kandungan bahan kimia industri berbahaya iaitu melamin pada 2008.

Ketua Agensi Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan China, Bi Jingquan, memberitahu Jawatankuasa Kongres Nasional Rakyat pada Jumaat, bahawa walaupun terdapat kemajuan dalam sektor makanan tetapi masih banyak masalah yang belum diatasi.

Menurut laporan Jingquan yang disiarkan dalam laman web rasmi kongres itu, jabatan keselamatan makanan China telah melaksanakan lebih 15 juta pemerikaan individu dalam tempoh sembilan bulan pertama pada tahun ini dan mengesan lebih setengah juta kes salah laku serta pelanggaran peraturan berkaitan keselamatan makanan.

Jelas beliau, antara kesalahan yang direkodkan adalah pengiklanan palsu, penggunaan produk tiruan, bahan tiruan, dan jualan produk makanan yang tercemar.

Satu daripada kes yang berlaku di wilayah Jilin melibatkan penggunaan gelatin industri dalam makanan, manakala beberapa kes di wilayah Guizhou membabitkan penggunaan garam tiruan dan berkualiti rendah.

China

Artikel Sebelum

Artikel Lain