suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembilan Cedera Dalam Dua Letupan Bom Di Selatan Thai

NARATHIWAT: Tujuh anggota keselamatan dan dua orang awam cedera dalam kejadian letupan bom berasingan di Narathiwat dan Pattani pada Selasa.

Kejadian pertama berlaku di Kampung Air Keroh, Chanet di Narathiwat pada 3.30 petang Selasa (waktu tempatan) menyebabkan enam anggota keselamatan dan dua awam cedera.

"Kejadian berlaku ketika sukarelawan keselamatan dari pejabat daerah Chanet itu mengiringi sekumpulan guru di daerah terbabit," kata Ketua Bahagian Siasatan Polis Chanet Lt Apichart Suni.

Menurutnya letupan itu berpunca daripada bom buatan sendiri seberat 20kg di dalam sebuah tong gas dan diaktifkan menerusi frekuensi radio.

Kesemua mangsa, kata Apichart, hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dikejarkan ke Hospital Daerah Chanet untuk mendapatkan rawatan.

Dalam kejadian kedua di Saiburi, Pattani pada 5.30 petang pula, seorang anggota renjer cedera di bahagian dada apabila sebutir bom seberat 10kg meletup ketika dia sedang meronda, kata Pemangku Ketua Polis Wilayah Pattani Kol Piyawat Chalermsri. - BERNAMA

letupan bom, Narathiwat, Pattani

Artikel Sebelum

Ahok Menangis

Artikel Berikut

Artikel Lain