suria

Tugas Pelik Wanita Cuba Jaga Kaca Mata Arca John Lennon

Arca penyanyi legenda Beatles, John Lennon yang menjadi tarikan pelancong di Taman Havana di Cuba. - Ihsan Oddity Central

HAVANA: Seorang wanita di Cuba memiliki antara kerja paling pelik di dunia apabila diupah oleh kerajaan untuk memastikan kaca mata sentias "dipakai' oleh arca legenda kumpulan muzik Beatles, John Lennon ketika pengunjung mahu bergambar bersama patung itu.

Meskipun mendiang Presiden Fidel Castro pernah mengharamkan muzik Beatles di Cuba pada 1964 sebagai usaha menentang agenda kapitalis, tetapi kumpulan pemuzik Britain itu sangat popular sehingga rakyat sanggup menyeludup masuk muzik tersebut.

Namun apabila Lennon secara terbuka mengkritik Amerika syarikat (AS) kerana mencampuri urusan negara lain, Castro secara terbuka menerima kehadiran penyanyi legenda itu.

Malah pada tahun 2000 iaitu ulang tahun ke-20 kematian Lennon pada 8 Disember, Castro mendedahkan patung gangsa Lennon yang dibina di Taman Havana sebagai tarikan kepada pelancong dan penduduk tempatan.

Patung Lennon dengan gaya sedang duduk di atas kerusi antara tarikan utama pelancong tetapi sering menjadi sasaran pencuri yang gembar mengambil kaca mata penyanyi tersebut.

Pada mulanya, kerajaan menggantikan kaca mata yang dicuri tetapi langkah itu tidak berkekalan.

Kemudian kira-kira dua tahun lalu muncul wanita tempatan, Aleeda Rodriguez Pedrasa yang pada mulanya menggantikan kaca mata yang hilang menggunakan duit sendiri.

Disebabkan dedikasi yang ditunjukkan oleh Aleeda, kerajaan Cuba mengupahnya sebanyak 245 peso (RM46) sebulan untuk menjadi "penjaga kaca mata" patung Lennon.

Tugasnya amat mudah iaitu etiap kali pelancong mahu bergambar dengan patung itu, wanita berusia 72 tahun tersebut akan memakaikan kaca mata pada arca Lennon.

John Lennon, Fidel Castro

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PBB Seru Suu Kyi Lawat Rakhine

Artikel Lain