suria

Indonesia, Malaysia, Filipina Bersatu Perangi Abu Sayyaf

JAKARTA: Indonesia, Malaysia dan Filipina bersetuju untuk mengadakan latihan ketenteraan bersama sebagai langkah untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan di perairan sekitar Laut Sulu daripada ancaman lanun.

Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu menjelaskan, setiap negara terlibat akan mengadakan latihan masing-masing pada Januari depan sebelum merancang latihan bersama pada tahun sama.

Latihan ketenteraan itu akan diadakan di Tarakan, utara Kalimantan; Tawau di Sabah dan Pulau Bongao di Filipina.

Ryacudu berkata, anggota tentera yang terlibat adalah dari pasukan khas yang berdepan dengan dalang kegiatan culik di kawasan berkenaan iaitu pengganas Abu Sayyaf.

"Ia sebahagian daripada pelan tindakan negara Asean untuk mempertahankan keselamatan rantau ini," katanya di Jakarta pada Khamis.

Ryacudu berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam pertemuannya dengan dua wakil negara terlibat pada Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM) di Laoes awal minggu ini.

Kedua-dua Malaysia dan Filipina menyambut baik inisiatif itu termasuk rondaan di laut sekitar perairan Sulu yang telah dipersetujui sebelum ini. - The Jakarta Post/Asia News Network.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain