suria

Lagi Gempa 6.5 Skala Richer Landa New Zealand Pagi Ini

Kerosakan jalan di Wellington, New Zealand akibat gempa bumi melanda negara itu. Foto AP

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Ritcher melanda South Island di New Zealand pagi Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian pada pukul 8.34 pagi itu berlaku di luar pantai timur South Island, 151km Timur Laut dari bandar Christchurch.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, kejadian itu tidak membawa kepada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

Pusat gempa bumi itu terletak 7,648 km tenggara dari Semporna di Sabah. 

Pada Ahad, gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda South Island pada pukul 7.02 malam iaitu 92km timur laut dari bandar Christchurch. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain