suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Mendarat Cemas Akibat Merempuh Kawanan Bangau

BANJUL: Sebuah pesawat yang membawa 170 penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas merempuh kawanan burung bangau yang mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian enjin.

Kejadian berkenaan berlaku pada Jumaat lalu apabila pesawat Airbus A321 milik syarikat penerbangan Thomas Cook itu berlepas dari lapangan terbang Banjul di Gambia sebelum 13 ekor burung tersebut tersangkut pada bahagian enjin dan gear pendaratan akibat dirempuh.

"Kami mendengar bunyi kuat dan berasa seluruh pesawat bergegar," kata krew pesawat, Kayleigh Loveridge menerusi laman sosial Facebook  sambil menambah kapal terbang itu merempuh kira-kira 50 ekor burung ketika berlepas.

Loveridge berkata, susulan mengalami kerosakan teruk akibat pelanggaran itu, juruterbang terpaksa mematikan satu daripada enjin pesawat sebelum melakukan pendaratan cemas dengan selamat di lapangan terbang yang sama.

Sementara itu, syarikat Thomas Cook mengesahkan kejadian itu kepada Mail Online pada Ahad dan memujui sikap profesional krew pesawat mengendalikan situasi cemas tersebut

Kesemua penumpang diberikan tempat penginapan di sebuah hotel untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan keesokkan harinya ke London.


Thomas Cook

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain