suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut Tsunami Landa New Zealand

Jalan raya utama di New Zealand musnah akibat gempa bumi yang melanda negara itu. Foto Reuters

DUA maut setakat ini akibat gempa bumi kuat 7.8 magnitud yang menggegarkan New Zealand, awal  pagi Isnin.

Satu amaran dikeluarkan menunjukkan ketinggian Tsunami mencecah antara tiga hingga lima meter.

Menurut Kementerian Pengurusan Kecemasan dan Pertahanan Awam New Zealand, gelombang pertama Tsunami berlaku di Kaikoura kira-kira pukul 2 pagi Isnin waktu tempatan (9 malam Ahad waktu Malaysia).

Sekurang-kurangnya dua maut manakala banyak kediaman musnah akibat gempa bumi yang kuat dilaporkan.

Perdana Menteri negara itu, John Key mengesahkan kematian dua mangsa setakat ini.

Beliau mengarahkan satu helikopter tentera ke Kaikoura berikutan wilayah itu terputus hubungan akibat gempa bumi.

Pertahanan Awam memberi amaran bahawa gelombang Tsunami akan berterusan dan penduduk di pantai timur negara itu diarahkan berpindah ke kawasan lebih tinggi. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain