suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wabak Selesema Burung Landa Jerman, Switzerland, Austria

Sebuah ladang ayam di Bergentheim, Belanda. Foto EPA

VIENNA: Wabak selesema burung yang baharu dilaporkan di Jerman, Switzerland dan Austria pada Sabtu.

Virus H5N8 itu turut dikesan di Hungary, Poland, Belanda, Denmark dan Croatia.

Di Jerman, negeri Schleswig-Holstein melaporkan satu kes selesema burung disahkan di sebuah ladang di mana 30,000 ayam akan dihapuskan.

Menteri pertanian negeri itu berkata, kawasan seluas tiga kilometer persegi telah ditutup.

Di Berlin, menteri pertanian persekutuan, Christian Schmidt berkata, kerajaan menubuhkan bahagian pengurusan krisis.

Agensi Keselamatan Makanan dan Kesihatan Austria mengesahkan wabak kedua di sebuah ladang ayam di wilayah Vorarlberg, dekat sempadan Jerman dan Switzerland.

Ia berkata, 4,000 ayam akan dimusnahkan.

Sebuah ladang di Austria dekat ladang ayam disahkan positif H5N8 pada Jumaat.

Selesema burung turut disahkan di Tasik Geneva di Switzerland pada Sabtu.

Awal minggu ini, Austria dan Switzerland mengambil langkah untuk mengelakkan penyebaran virus ke ayam tempatan selepas wabak itu dikesan pada itik liar dekat Tasik Constance. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Lain