suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Dinaiki Calon Naib Presiden Parti Republikan Tergelincir Di Landasan

-fotoREUTERS
SEBUAH pesawat yang membawa calon naib presiden parti Republikan Amerika, Mike Pence tergelincir di landasan selepas mendarat di Lapangan Terbang LaGuardia di bandar New York, Khamis.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian melibatkan pesawat yang digunakan untuk berkempen itu.

Rakaman televisyen secara langsung menunjukkan Pence berdiri dalam hujan berhampiran pesawat bersama kenderaan kecemasan, sambil bercakap dengan pihak polis dan pegawai-pegawai lain.

Calon Presiden Republikan Donald Trump telah menghubungi Pence untuk mengetahui keadaannya selepas kejadian itu.

"Trump telah menghubungi Pence. Dia gembira kerana semua penumpang selamat," kata jurucakap Trump, Stephanie Grisham dalam satu kenyataan yang dihantar melalui email.

Trump menghubunginya dari kenderaannya yang diiringi ketika dalam perjalanan ke perhimpunan di Geneva, Ohio.

MSNBC berkata, pesawat itu, dengan kira-kira 30 orang di atas kapal, datang dari Fort Dodge, Iowa, di mana Pence telah mengambil bahagian dalam acara kempen.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain