suria

Pengunjung Cedera Tangga 'Rumah Berhantu' Runtuh

Taman hiburan Tayto Park. Foto Youtube

KEJADIAN mengerikan berlaku di 'rumah berhantu' di sebuah taman hiburan pada Sabtu mengakibatkan sekumpulan pengunjung cedera.

Insiden berlaku di salah sebuah tarikan di Tayto Park di Ireland iaitu rumah berhantu yang dikenali sebagai 'House of Horros'.

Dipercayai tangga di rumah berhantu berkenaan secara tiba-tiba runtuh.

Sumber memberitahu mangsa dirawat di beberapa hospital berdekatan.

Difahamkan seorang mangsa mengalami keretakan tulang.

Seorang saksi mendengar bunyi dentuman yang kuat dan jeritan orang ramai.

Dilaporkan saksi turut mendakwa dua ambulans tiba di tempat kejadian dan kawasan itu kini ditutup.

Seorang lagi saksi memberitahu dia menyangkakan bunyi dan jerita kuat itu merupakan sebahagian daripada tarikan festival Halloween.

Memberitahu kepada Irish Sunday Mirror: "Jujurnya, kami semua menggeletar. Kami berempat mahu ke 'rumah berhantu' terlebih dahulu.

"Barisan beratur begitu panjang dan kami beratur selama kira-kira 45 minit. Bila anda melepasi satu kawasan, anda melalui satu ruang lebih kecil dan ia menghalang ke tangga.

"Malam itu semuanya bertemakan Halloween dan ada orang cuba keluar dari mana-mana untuk cuba menakutkan orang lain.

"Bila kami terdengar bunyi kuat berdentum dan jeritan, kami sangka ia seperti itu (gurauan Halloween).

"Kira-kira 15 orang di tangga ketika kejadian berlaku.

"Kami tak pernah bayangkan perkara seperti itu berlaku di sana. Gementar kami terus hilang."

Tayto Park memulakan acara Halloween bermula Sabtu malam sehingga 31 Oktober.

Pihak taman hiburan itu dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung insiden pada Ahad. - Mirror.co.uk

Artikel Lain